JUN 2023

Potensi Pelaburan Panel LED Di Sarawak


HUIZHOU (China): Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang kini berada di China, mengetuai rombongan dari Sarawak melawat kilang panel LED (Absen) di Huizhou.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan berkata, kilang itu adalah pengilang utama pameran dan skrin LED dalaman dan luaran terkemuka di China.

Syarikat itu ditubuhkan pada 2001, disenaraikan pada 2014 dan memiliki cawangan di seluruh dunia seperti di Jepun, Rusia, Jerman, USA dan Hong Kong, katanya.

Beliau diberi taklimat mengenai syarikat terbabit serta produknya yang mempunyai penggunaan luas dalam aplikasi pameran, papantanda dan iklan bersaiz besar.

Awang Tengah mengalu-alukan Absen ke Sarawak sebagai lokasi pengembangan syarikat tersebut di luar negara dan Sarawak adalah lokasi strategik memudahkan pasaran di Asean.

Pengembangan syarikat itu di Sarawak, katanya, juga sebagai projek berpotensi sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid (PCDS) 2030 yang digerakkan oleh data dan teknologi.

Sumber dari : Jiwa Bakti